Tuesday, 30 June 2015

Gempa Bumi Sabah 2015

Kota Kinabalu





"Telinga Keldai"

Pada 5 Jun yang lalu, sebuah gempa bumi telah melanda Ranau, Sabah, Malaysia dengan magnitud 6.0. Gempa bumi ini berlangsung selama 30 saat dan merupakan gempa bumi yang paling kuat yang telah melanda Malaysia sejak tahun 1976. Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata gempa bumi itu berlaku pada kira-kira 07:15 waktu tempatan (23:15 GMT) pada hari Jumaat itu, pada kedalaman 10 km (32,800ft). Gegaran itu begitu kuat sehingga salah satu daripada "Telinga Keldai" di Gunung Kinabalu telah terputus. Selain itu, jalan raya, bangunan, sekolah dan hospital di pantai barat Sabah dirosak akibat gegaran itu.

null
Lapan belas orang dibunuh akibat gempa bumi ini dengan kebanyakannya merupakan pelajar Singapura dari Sekolah Rendah Tanjong Katong. Tujuh orang murid dan dua orang guru dari Sekolah Rendah Tanjong Katong serta seorang panduan pengembaraan yang menyertai mereka dalam perjalanan ke Gunung Kinabalu itu telah mati akibat gegaran ini. Mereka adalah antara 30 pelajar dan kakitangan yang telah mendaki gunung itu sebagai sebahagian daripada lawatan sambil belajar. Kira-kira 137 orang lain yang mendaki gunung itu terkandas tetapi telah diselamatkan.

Saya tidak boleh bayangkan betapa menyakitkan hati apabila ibu bapa murid-murid Sekolah Rendah Tanjong Katong, yang telah mati akibat gempa bumi ini, menerima berita tentang anak-anak mereka. Hati saya pilu apabila saya menonton berita pada hari itu dan mendapat tahu tentang kejadian ini. Saya berharap bahawa keluarga-keluarga yang terlibat kini baik-baik sahaja.

null
Singapura dan negeri Sabah Malaysia telah memelihara hari berkabung untuk mangsa yang terbunuh dalam gempa bumi Gunung Kinabalu itu. Di Singapura, bendera diterbangkan pada separuh tiang dan seminit diperhatikan di tempat-tempat di mana Sukan Asia Tenggara diadakan.




Timbalan Ketua Menteri Sabah, Joseph Pairin Kitingan, mengaitkan gempa bumi itu dengan sekumpulan 10 orang asing yang telah dilucutkan telanjang di Gunung Kinabalu itu. Beliau berkata tragedi itu adalah "pengesahan" bahawa mereka telah menunjukkan "ketidakhormatan" kepada gunung tersebut. Gunung ini merupakan sebuah gunung suci dan seseorang tidak sepatutnya mengambil fakta ini secara ringan sahaja.


Tuesday, 8 October 2013

Peperiksaan Bahasa Melayu

Peperiksaan akhir tahu akan bermula pada hari Jumaat ini. Kertas pertama yang saya akan duduki adalah kertas Bahasa Melaya. Saya telah sinarai peribahasa saya dan juga telah membaca karangan-karangan yang telah dikarang dengan baik. Selain itu, saya telah menghafal format menulis emel yang rasmi. Saya belum lagi habis ulang kaji saya kerana saya belum lagi menghafalkan semua peribahasa.

Thursday, 29 August 2013

Makanan Tradisional Saya



Pada hari kelmarin, kelas saya telah memasakan makanan tradisional. Saya telah memasak kuih lapis, sebuah kuih yang digemari banyak orang dan selalu dibeli atau dibuat orang pada musim perayaan. Saya telah memilih warna ungu untuk kuih lapis saya kerana ia adalah warna kegemaran saya. Masa yang diperlukan untuk menyiapkan bahan-bahan untuk kuih itu kira-kira lima belas minit. Saya tidak dapat menyelesaikan masakan saya kerana saya terpaksa menunggu untuk lapisan yang pertama untuk kukus dahulu baru saya boleh membuat lapisan yang seterusnya. Disebabkan kekurangan masa, saya hanya membuat tiga lapisan sahaja. Walaupun saya tidak habis membuat kuih saya, saya tetap gembira kerana telah mempelajari caranya untuk membuat kuih lapis. Lagipun, saya boleh membuatnya tanpa pertolongan dari ibu atau nenek saya.

Wednesday, 22 May 2013

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013

Kalau dibandingkan dengan peperiksaan yang pertama, saya telah memperolehi markah yang lebih rendah untuk kebanyakan subjek-subjek saya. Walaupun begitu, saya bersyukur kerana tidak gagal satu peperiksaan pun. Markah yang paling rendah yang saya telah memperoleh adalah C5. Subjek yang saya telah memperolehi C5 adalah Bahasa Melayu Lanjutan. Sebenarnya, Bahasa Melayu saya tidak sebagus kawan-kawan lain saya. Untuk subjek-subjek lain pula, saya telah mendapat A1, A2 atau B3.
Saya sebenarnya boleh membuat lebih baik dan mendapatkan markah yang lebih tinggi untuk kebanyakan subjek-subjek saya. Untuk peperiksaan-peperiksaan yang akan datang, saya akan bekerja keras untuk mendapatkan semua As.

Thursday, 7 March 2013

Negeri 5 Menara: Bab 5

Man Jadda Wajada
Setiap kali guru kelas Alif, Ustaz Salman, berteriak "Man jadda wajada", kelas Alif mesti menyalak balik dengan kata yang sama. "Man jadda wajada" merupakan sebuah mantera ajaib berbahasa Arab yang bermakna, "Siapa yang bersungguh-sungguh, dia berjaya!"

Negeri 5 Menara: Bab 4

Kampung Di Atas Kabut
Semasa perjalanan bas itu, Alif telah bertemu dengan Dulmajid, dari Madura, dan Raja Lubis. Kira-kira setengah jam kemudian, bas yang dinaiki Alif dan ayahnya untuk ke Pondok Madani pun sampai. Tiba sahaja di PM, Ismail telah menyerahkan mereka semua kepada seorang anak mudah yang berwajah riang. Namanya adalah Burhan. Burhan telah menghidangkan mereka semua dengan lemoned. Setiap murid mesti mengisi borang pendaftaran yang terdapat di salah satu meja yang dijaga oleh seorang anak muda. Selain itu, Burhan telah membawa mereka semua ke tempat-tempat yang terdapat di PM. Lagipun, Alif mengetahui bahawa dia mesti menduduki ujian pemilihan yang akan menentukan siapa yang boleh memasuki PM. Ada dua ribu orang yang ikut tetapi hanya empat ratus yang akan diterima. Nasib baik, Alif telah lulus peperiksaan tersebut.

Sunday, 3 March 2013

Negeri 5 Menara: Bab 3

Rapat Tikus
Pada keesokan hari, Alif dan ayahnya telah meninggalkan Sumatera Barat dan telah manaiki bas untuk ke Jawa. Mereka berdua telah menaiki bas ANS yang berhawa dingin dan ada tayangan video sepanjang perjalanan. Alif dan ayahnya duduk di kerusi dengan alas baldu merah yang empuk di baris ketiga dari hadapan. Alif telah meminta duduk dekat jendela yang berkaca basar. Bas itu adalah kenderaan yang terbesar yang Alif pernah naiki seumur hidup. Berhadapan dengan pintu paling belakang ada tandas kecil. Di belakang barisan kerusi terakhir, berbatasan dengan kaca belakang, ada sebuah ruangan muat seorang lelaki dewasa berbaring. Kata ayah Alif kepadanya, ruangan itu khas untuk pemandu bas. Setiap lapan jam, pemandu bas akan bergiliran tidur. Pada malam kedua, bas itu pun telah sampai di bahagian jalan lintas Sumatera. Tiba-tiba, tayar bas itu pancit di tengah rimba yang gelap-gelita. Ayah Alif berasa amat khuatir kerana dia takut menukar tayar itu akan memakan masa yang lama. Mereka berdua tidak boleh lambat ke madrasah itu. Sekiranya mereka terlambat, Alif tidak boleh ke madrasah itu dan mesti mencuba lagi pada tahun hadapan.

Selepas perjalanan bas itu, Alif dan ayahnya telah menaiki kapal ke dermaga Merak. Di sana, mereka menaiki bas yang akan membawa mereka ke Jakarta. Bas ANS itu menurunkan Alif dan ayahnya di Terminal Ponorogo.Tiba sahaja di sana, seorang pelajar Pondok Medani menghampiri mereka. Nama pelajar itu adalah Ismail. Selepas berbincang, Ismail telah menyuruh Alif dan ayahnya menaiki sebuah bas yang akan membawa mereka berdua ke Pondok Madani.