Keputusan Setengah Hati
Di dalam bab ini pula, Alif telah mendapat keputusan peperiksaan yang termasuk antara sepuluh yang tertinggi di Daerah Agam. Ia bermaksud bahawa dia boleh ke Sekolah Menengah Atas ( SMA ). Kebetulan, SMA adalah sekolah yang terbaik di Bukit Tinggi. Emak Alif tidak setuju yang Alif akan ke SMA kerana dia mahu Alif ke madrasah. Sebenarnya, emak Alif dibesarkan dengan latar agama yang kuat. Disebabkan itu, dia juga mahu anak lelaki-lelakinya menjadi seorang pemimpin agama yang hebat. Alif pula mahu sangat ke SMA dan tidak mahu ke madrasah.
Pada akhir bab ini, Alif telah menerima surat dari Pakcik Gindo. Selepas membaca surat itu, Alif telah membuat keputusan. Dia akan mengikuti kehendakan emaknya walaupun keputusan itu setengah hati sahaja. Alif akan ke madrasah tetapi dia mahu ke madrasah di Jawa sahaja. Alif tidak mahu masuk pondok di Bukittinggi ataupun di Padang.
Thursday, 28 February 2013
Negeri 5 Menara: Bab 1
Pesan Dari Masa Silam
Di dalam bab 1, Alif sedang berada di dalam Washington DC. Pada masa itu di Washington DC, ia musim dingin. Alif telah berkata bahawa dia suka dan benci akan musim dingin. Walau dingin mencucuk tulang Alif, dia tetap gembira. Hari itu adalah hari terakhirnya masuk pejabat sebelum terbang ke Eropah. Pejabat Alif terletak di Independence Avenue. Alif akan ke London kerana dikehendaki mewawancara Tony Blair, Perdana Menteri Britain dan misi peribadiku menghadiri undangan The World Inter-Faith Forum.
Apabila Alif sedang bersiap ke lapangan terbang, bunyi messengernya menghentikan perbuatannya. Seorang lelaki yang bernama 'Batutah' telah mencuba menelefonnya tetapi Alif tidak angkat. Rupa-rupanya, 'Batutah' adalah kawan lama Alif dari PM. Mereka sudah lama tidak bertemu. 'Batutah' pun mengenali dirinya kepada Alif. Alif memanggilnya Atang Bandung. Selepas berbual-bual sekejap, fikiran Alif menerawang kepada masa dia sedang belajar di PM. Kenangan itu, kenangan yang sangat kuat terpahat dalam hati Alif.

Sunday, 17 February 2013
Video Kegemaran Saya XD
Video ini adalah video kegemaran saya kerana ia kelakar. Orang-orang yang telah membuat video ini hanya bergurau. Sebenarnya, mereka selalu membuat video seperti ini. Walaupun video ini karut, ia tetap kelakar kepada saya. hahaha :D
Thursday, 14 February 2013
Hari Pertahanan Mutlak
Pada hari ini, sekolah saya telah menyambut Hari Pertahanan Mutlak. Awal lagi, naib pengetua telah memberi ucapan sempena Hari Pertahanan Mutlak. Dia juga telah berkata bahawa semua gerai di kanteen hanya ada bubur keledek pada waktu rehat. Kebanyakkan dari kawan-kawan saya tidak suka idea ini. Walaupun mereka tidak suka keledek, mereka tetap mengambil bubur itu kerana ia percuma.
Apabila waktu rehat tiba, semua orang bergegas ke kanteen untuk mengambil bubur keledek itu. Bubur keledek dari gerai nombor enam amat sedap. Menurut kawan-kawan Cina saya, bubur dari gerai-gerai Cina tidak sedap. Mereka telah berkata bahawa bubur itu ada terlalu banyak air. Lagipun, mereka berkata bahawa bubur itu rasa hambar.
Selain dari itu, sekolah saya telah mengadakan latihan kebakaran sebelum waktu rehat. Lonceng kecemasan telah berbunyi kira-kira pada pukul 8:20am. Ketika itu, kelas saya sedang mengadakan kelas Bahasa Inggeris. Cikgu saya pun menyuruh kami beratur di luar kelas. Selepas beratur, kami sekelas ke dewan. Apabila semua orang telah tiba di dewan, guru disiplin, Mr Singh, telah bercakap tentang latihan kebakaran ini dan mengapa ia dilakukan. Pada kira-kira 8:45am, seluruh sekolah boleh kembali ke kelas mereka masing-masing.
Wednesday, 13 February 2013
12 Februari 2013, Selasa :P
Pada hari kelmarin, saya di rumah sahaja kerana masih demam. Walaupun saya ada demam, saya terpaksa membuat kerja rumah saya. Saya membuat kerja rumah saya dengan perlahan-lahan kerana masih pening kepala. Lagipun, ibu saya telah memberikan saya ubat demam yang akan menyebabkan saya berasa letih.
Sebenarnya, saya tidak mahu ke sekolah pada hari ini ( 12 Feb 2013 ) tetapi ibu saya memaksa saya... :( Ibu saya berkata bahawa saya mesti ke sekolah kerana peperiksaan saya semakin dekat. Bluekk. :P
Sebenarnya, saya tidak mahu ke sekolah pada hari ini ( 12 Feb 2013 ) tetapi ibu saya memaksa saya... :( Ibu saya berkata bahawa saya mesti ke sekolah kerana peperiksaan saya semakin dekat. Bluekk. :P
11 Februari 2013, Isnin D:
Saya dan kakak saya telah ke Sengkang Riverside Park. Kakak saya mahu berlari-lari anak di sana dan dia memaksa saya ikutnya. Kakak saya telah berlari-lari anak manakala saya pula memakai rollerblade saya. Tiba-tiba, hujan mula turun dengan lebat. Kami terlupa membawa payung dan terpaksa untuk berjalan di dalam hujan. Apabila kami tiba di Kompleks Renang Sengkang, hujan telah berhenti. Saya dan kakak saya basah kuyup. Saya terpaksa mencari tempat duduk kerana saya mula berasa pening.
Apabila kami tiba di rumah, saya berasa amat penat dan panas. Saya memberitahu ibu saya bahawa saya mungkin ada demam... :( Saya terus pergi mandi. Selepas saya mandi, ibu saya memberi saya ubat untuk demam saya. Dalam masa kurang daripada 30 minit, saya sudah tidur.
Ibu saya telah membangunkan saya pada pukul 11 malam untuk berikan saya ubat lagi. Selepas makan ubat, saya terus tidur. Saya tidur hingga keesokan harinya. Saya tidak suka demam!! D:

10 Februari 2013, Ahad :DD
Pada Ahad yang lalu, saya telah berjumpa dengan kawan-kawan saya dari sekolah rendah, Haziqah dan Keesha. Mereka berdua kawan baik saya. Di dalam sekolah rendah, saya dan Keesha di dalam sama kelas ( 6B ) manakala Haziqah pula di dalam kelas 6A. Keesha telah ke Sekolah Menengah Dunman yang terletak di Tampines manakala Haziqah pula telah ke Sekolah Menengah Pasir Ris Crest yang juga terletak di Tampines. Walaupun kami bertiga tidak ke sekolah menengah yang sama, kami masih 'whatsapp' antara satu sama lain.
Saya dan Keesha telah ke rumah Haziqah untuk membuat kerja sekolah kami. Amat sukar untuk saya membuat kerja sekolah saya kerana saya ada banyak perkara yang saya mahu memberitahu mereka berdua ! XD hehe..

:D Haziqah ; Keesha ; Hidayah :D
Subscribe to:
Posts (Atom)