Thursday, 7 March 2013

Negeri 5 Menara: Bab 5

Man Jadda Wajada
Setiap kali guru kelas Alif, Ustaz Salman, berteriak "Man jadda wajada", kelas Alif mesti menyalak balik dengan kata yang sama. "Man jadda wajada" merupakan sebuah mantera ajaib berbahasa Arab yang bermakna, "Siapa yang bersungguh-sungguh, dia berjaya!"

Negeri 5 Menara: Bab 4

Kampung Di Atas Kabut
Semasa perjalanan bas itu, Alif telah bertemu dengan Dulmajid, dari Madura, dan Raja Lubis. Kira-kira setengah jam kemudian, bas yang dinaiki Alif dan ayahnya untuk ke Pondok Madani pun sampai. Tiba sahaja di PM, Ismail telah menyerahkan mereka semua kepada seorang anak mudah yang berwajah riang. Namanya adalah Burhan. Burhan telah menghidangkan mereka semua dengan lemoned. Setiap murid mesti mengisi borang pendaftaran yang terdapat di salah satu meja yang dijaga oleh seorang anak muda. Selain itu, Burhan telah membawa mereka semua ke tempat-tempat yang terdapat di PM. Lagipun, Alif mengetahui bahawa dia mesti menduduki ujian pemilihan yang akan menentukan siapa yang boleh memasuki PM. Ada dua ribu orang yang ikut tetapi hanya empat ratus yang akan diterima. Nasib baik, Alif telah lulus peperiksaan tersebut.

Sunday, 3 March 2013

Negeri 5 Menara: Bab 3

Rapat Tikus
Pada keesokan hari, Alif dan ayahnya telah meninggalkan Sumatera Barat dan telah manaiki bas untuk ke Jawa. Mereka berdua telah menaiki bas ANS yang berhawa dingin dan ada tayangan video sepanjang perjalanan. Alif dan ayahnya duduk di kerusi dengan alas baldu merah yang empuk di baris ketiga dari hadapan. Alif telah meminta duduk dekat jendela yang berkaca basar. Bas itu adalah kenderaan yang terbesar yang Alif pernah naiki seumur hidup. Berhadapan dengan pintu paling belakang ada tandas kecil. Di belakang barisan kerusi terakhir, berbatasan dengan kaca belakang, ada sebuah ruangan muat seorang lelaki dewasa berbaring. Kata ayah Alif kepadanya, ruangan itu khas untuk pemandu bas. Setiap lapan jam, pemandu bas akan bergiliran tidur. Pada malam kedua, bas itu pun telah sampai di bahagian jalan lintas Sumatera. Tiba-tiba, tayar bas itu pancit di tengah rimba yang gelap-gelita. Ayah Alif berasa amat khuatir kerana dia takut menukar tayar itu akan memakan masa yang lama. Mereka berdua tidak boleh lambat ke madrasah itu. Sekiranya mereka terlambat, Alif tidak boleh ke madrasah itu dan mesti mencuba lagi pada tahun hadapan.

Selepas perjalanan bas itu, Alif dan ayahnya telah menaiki kapal ke dermaga Merak. Di sana, mereka menaiki bas yang akan membawa mereka ke Jakarta. Bas ANS itu menurunkan Alif dan ayahnya di Terminal Ponorogo.Tiba sahaja di sana, seorang pelajar Pondok Medani menghampiri mereka. Nama pelajar itu adalah Ismail. Selepas berbincang, Ismail telah menyuruh Alif dan ayahnya menaiki sebuah bas yang akan membawa mereka berdua ke Pondok Madani.

Thursday, 28 February 2013

Negeri 5 Menara: Bab 2

Keputusan Setengah Hati 
Di dalam bab ini pula, Alif telah mendapat keputusan peperiksaan yang termasuk antara sepuluh yang tertinggi di Daerah Agam. Ia bermaksud bahawa dia boleh ke Sekolah Menengah Atas ( SMA ). Kebetulan, SMA adalah sekolah yang terbaik di Bukit Tinggi. Emak Alif tidak setuju yang Alif akan ke SMA kerana dia mahu Alif ke madrasah. Sebenarnya, emak Alif dibesarkan dengan latar agama yang kuat. Disebabkan itu, dia juga mahu anak lelaki-lelakinya menjadi seorang pemimpin agama yang hebat. Alif pula mahu sangat ke SMA dan tidak mahu ke madrasah.

Pada akhir bab ini, Alif telah menerima surat dari Pakcik Gindo. Selepas membaca surat itu, Alif telah membuat keputusan. Dia akan mengikuti kehendakan emaknya walaupun keputusan itu setengah hati sahaja. Alif akan ke madrasah tetapi dia mahu ke madrasah di Jawa sahaja. Alif tidak mahu masuk pondok di Bukittinggi ataupun di Padang.

Negeri 5 Menara: Bab 1

Pesan Dari Masa Silam
Di dalam bab 1, Alif sedang berada di dalam Washington DC. Pada masa itu di Washington DC, ia musim dingin. Alif telah berkata bahawa dia suka dan benci akan musim dingin. Walau dingin mencucuk tulang Alif, dia tetap gembira. Hari itu adalah hari terakhirnya masuk pejabat sebelum terbang ke Eropah. Pejabat Alif terletak di Independence Avenue. Alif akan ke London kerana dikehendaki mewawancara Tony Blair, Perdana Menteri Britain dan misi peribadiku menghadiri undangan The World Inter-Faith Forum.

Apabila Alif sedang bersiap ke lapangan terbang, bunyi messengernya menghentikan perbuatannya. Seorang lelaki yang bernama 'Batutah' telah mencuba menelefonnya tetapi Alif tidak angkat. Rupa-rupanya, 'Batutah' adalah kawan lama Alif dari PM. Mereka sudah lama tidak bertemu. 'Batutah' pun mengenali dirinya kepada Alif. Alif memanggilnya Atang Bandung. Selepas berbual-bual sekejap, fikiran Alif menerawang kepada masa dia sedang belajar di PM. Kenangan itu, kenangan yang sangat kuat terpahat dalam hati Alif.

Sunday, 17 February 2013

Video Kegemaran Saya XD

Video ini adalah video kegemaran saya kerana ia kelakar. Orang-orang yang telah membuat video ini hanya bergurau. Sebenarnya, mereka selalu membuat video seperti ini. Walaupun video ini karut, ia tetap kelakar kepada saya. hahaha :D





Thursday, 14 February 2013

Hari Pertahanan Mutlak


Pada hari ini, sekolah saya telah menyambut Hari Pertahanan Mutlak. Awal lagi, naib pengetua telah memberi ucapan sempena Hari Pertahanan Mutlak. Dia juga telah berkata bahawa semua gerai di kanteen hanya ada bubur keledek pada waktu rehat. Kebanyakkan dari kawan-kawan saya tidak suka idea ini. Walaupun mereka tidak suka keledek, mereka tetap mengambil bubur itu kerana ia percuma. 


Apabila waktu rehat tiba, semua orang bergegas ke kanteen untuk mengambil bubur keledek itu. Bubur keledek dari gerai nombor enam amat sedap. Menurut kawan-kawan Cina saya, bubur dari gerai-gerai Cina tidak sedap. Mereka telah berkata bahawa bubur itu ada terlalu banyak air. Lagipun, mereka berkata bahawa bubur itu rasa hambar. 

Selain dari itu, sekolah saya telah mengadakan latihan kebakaran sebelum waktu rehat. Lonceng kecemasan telah berbunyi kira-kira pada pukul 8:20am. Ketika itu, kelas saya sedang mengadakan kelas Bahasa Inggeris. Cikgu saya pun menyuruh kami beratur di luar kelas. Selepas beratur, kami sekelas ke dewan. Apabila semua orang telah tiba di dewan, guru disiplin, Mr Singh, telah bercakap tentang latihan kebakaran ini dan mengapa ia dilakukan. Pada kira-kira 8:45am, seluruh sekolah boleh kembali ke kelas mereka masing-masing.