Thursday 29 August 2013

Makanan Tradisional Saya



Pada hari kelmarin, kelas saya telah memasakan makanan tradisional. Saya telah memasak kuih lapis, sebuah kuih yang digemari banyak orang dan selalu dibeli atau dibuat orang pada musim perayaan. Saya telah memilih warna ungu untuk kuih lapis saya kerana ia adalah warna kegemaran saya. Masa yang diperlukan untuk menyiapkan bahan-bahan untuk kuih itu kira-kira lima belas minit. Saya tidak dapat menyelesaikan masakan saya kerana saya terpaksa menunggu untuk lapisan yang pertama untuk kukus dahulu baru saya boleh membuat lapisan yang seterusnya. Disebabkan kekurangan masa, saya hanya membuat tiga lapisan sahaja. Walaupun saya tidak habis membuat kuih saya, saya tetap gembira kerana telah mempelajari caranya untuk membuat kuih lapis. Lagipun, saya boleh membuatnya tanpa pertolongan dari ibu atau nenek saya.