Thursday, 7 March 2013

Negeri 5 Menara: Bab 5

Man Jadda Wajada
Setiap kali guru kelas Alif, Ustaz Salman, berteriak "Man jadda wajada", kelas Alif mesti menyalak balik dengan kata yang sama. "Man jadda wajada" merupakan sebuah mantera ajaib berbahasa Arab yang bermakna, "Siapa yang bersungguh-sungguh, dia berjaya!"

Negeri 5 Menara: Bab 4

Kampung Di Atas Kabut
Semasa perjalanan bas itu, Alif telah bertemu dengan Dulmajid, dari Madura, dan Raja Lubis. Kira-kira setengah jam kemudian, bas yang dinaiki Alif dan ayahnya untuk ke Pondok Madani pun sampai. Tiba sahaja di PM, Ismail telah menyerahkan mereka semua kepada seorang anak mudah yang berwajah riang. Namanya adalah Burhan. Burhan telah menghidangkan mereka semua dengan lemoned. Setiap murid mesti mengisi borang pendaftaran yang terdapat di salah satu meja yang dijaga oleh seorang anak muda. Selain itu, Burhan telah membawa mereka semua ke tempat-tempat yang terdapat di PM. Lagipun, Alif mengetahui bahawa dia mesti menduduki ujian pemilihan yang akan menentukan siapa yang boleh memasuki PM. Ada dua ribu orang yang ikut tetapi hanya empat ratus yang akan diterima. Nasib baik, Alif telah lulus peperiksaan tersebut.

Sunday, 3 March 2013

Negeri 5 Menara: Bab 3

Rapat Tikus
Pada keesokan hari, Alif dan ayahnya telah meninggalkan Sumatera Barat dan telah manaiki bas untuk ke Jawa. Mereka berdua telah menaiki bas ANS yang berhawa dingin dan ada tayangan video sepanjang perjalanan. Alif dan ayahnya duduk di kerusi dengan alas baldu merah yang empuk di baris ketiga dari hadapan. Alif telah meminta duduk dekat jendela yang berkaca basar. Bas itu adalah kenderaan yang terbesar yang Alif pernah naiki seumur hidup. Berhadapan dengan pintu paling belakang ada tandas kecil. Di belakang barisan kerusi terakhir, berbatasan dengan kaca belakang, ada sebuah ruangan muat seorang lelaki dewasa berbaring. Kata ayah Alif kepadanya, ruangan itu khas untuk pemandu bas. Setiap lapan jam, pemandu bas akan bergiliran tidur. Pada malam kedua, bas itu pun telah sampai di bahagian jalan lintas Sumatera. Tiba-tiba, tayar bas itu pancit di tengah rimba yang gelap-gelita. Ayah Alif berasa amat khuatir kerana dia takut menukar tayar itu akan memakan masa yang lama. Mereka berdua tidak boleh lambat ke madrasah itu. Sekiranya mereka terlambat, Alif tidak boleh ke madrasah itu dan mesti mencuba lagi pada tahun hadapan.

Selepas perjalanan bas itu, Alif dan ayahnya telah menaiki kapal ke dermaga Merak. Di sana, mereka menaiki bas yang akan membawa mereka ke Jakarta. Bas ANS itu menurunkan Alif dan ayahnya di Terminal Ponorogo.Tiba sahaja di sana, seorang pelajar Pondok Medani menghampiri mereka. Nama pelajar itu adalah Ismail. Selepas berbincang, Ismail telah menyuruh Alif dan ayahnya menaiki sebuah bas yang akan membawa mereka berdua ke Pondok Madani.