Rapat Tikus
Pada keesokan hari, Alif dan ayahnya telah meninggalkan Sumatera Barat dan telah manaiki bas untuk ke Jawa. Mereka berdua telah menaiki bas ANS yang berhawa dingin dan ada tayangan video sepanjang perjalanan. Alif dan ayahnya duduk di kerusi dengan alas baldu merah yang empuk di baris ketiga dari hadapan. Alif telah meminta duduk dekat jendela yang berkaca basar. Bas itu adalah kenderaan yang terbesar yang Alif pernah naiki seumur hidup. Berhadapan dengan pintu paling belakang ada tandas kecil. Di belakang barisan kerusi terakhir, berbatasan dengan kaca belakang, ada sebuah ruangan muat seorang lelaki dewasa berbaring. Kata ayah Alif kepadanya, ruangan itu khas untuk pemandu bas. Setiap lapan jam, pemandu bas akan bergiliran tidur. Pada malam kedua, bas itu pun telah sampai di bahagian jalan lintas Sumatera. Tiba-tiba, tayar bas itu pancit di tengah rimba yang gelap-gelita. Ayah Alif berasa amat khuatir kerana dia takut menukar tayar itu akan memakan masa yang lama. Mereka berdua tidak boleh lambat ke madrasah itu. Sekiranya mereka terlambat, Alif tidak boleh ke madrasah itu dan mesti mencuba lagi pada tahun hadapan.
Selepas perjalanan bas itu, Alif dan ayahnya telah menaiki kapal ke dermaga Merak. Di sana, mereka menaiki bas yang akan membawa mereka ke Jakarta. Bas ANS itu menurunkan Alif dan ayahnya di Terminal Ponorogo.Tiba sahaja di sana, seorang pelajar Pondok Medani menghampiri mereka. Nama pelajar itu adalah Ismail. Selepas berbincang, Ismail telah menyuruh Alif dan ayahnya menaiki sebuah bas yang akan membawa mereka berdua ke Pondok Madani.
No comments:
Post a Comment