Thursday, 31 January 2013
Kegiatan Kokurikular Saya Di Sekolah Menengah
Di dalam sekolah rendah, saya seorang perpustakawan manakala di dalam sekolah menengah, saya dipilih untuk menyertai 'shooting'. Sebenarnya, saya memilih perpustakaan sebagai kokurikular saya kerana ia tidak memerlukan terlalu banyak tenaga. Lagipun, kawan-kawan baik saya juga mempunyai perpustakaan sebagai kokurikular mereka. 'Shooting' adalah pilihan kedua saya. Saya sebenarnya mahu badminton sebagai kokurikular saya. Walaubagaimanapun, saya tetap suka 'shooting'. Saya berasa risau dan gembira. Gembira kerana saya telah mendapat 'shooting' tetapi risau kerana hari ini hari pertama kokurikular saya. Saya dikehendaki ke 'shooting range' pada pukul dua setengah. 'Shooting range' itu diletak di tingkat tiga. Ms Seetoh adalah guru saya untuk 'shooting'. Saya berharap kokurikular saya akan menyeronokkan.
Sunday, 27 January 2013
Watak Dan Perwatakan
Pada Khamis yang lalu, saya telah diajarkan tentang karangan naratif oleh Puan Ida...
Karangan Naratif
Buatkan tiga watak dan kembangkan perwatakannya:
1) Ibu Saya
Ibu saya bernama Siti Arafah Abdullah. Dia beragama Islam tetapi seorang Filipina. Ibu saya mempunyai rambut dan mata yang berwarna coklat. Dia seorang suri rumah. Ibu saya seorang penyayang dan juga peramah. Dia senang untuk memberitahu apa-apa sahaja. Ibu saya agak tinggi. Dia terpaksa pakai cermin mata kerana dia sudah tua dan penglihatannya sudah teruk. Ibu saya selalu menyokong saya di dalam apa-apa sahaja yang saya lakukan.
2) Kakak saya
Kakak saya bernama Noorisa Vega Noor Azman. Dia dilahirkan di Phillippines. Pada bulan April ini, dia akan menjadi 16 tahun. Dia seorang pelajar di Sekolah Menengah Ngee Ann. Kakak saya seorang pelajar yang bijak dan selalu akan memperolehi markah yang tinggi di dalam peperiksaan-peperiksaannya. Apabila saya tidak tahu bagaimana membuat kerja rumah saya, kakak saya yang akan mengajar saya. Walaupun dia sudah menengah empat, saya masih setingginya. Dia mempunyai muka yang ceria. Kakak saya tidak perlu memakai cermin mata. Rambutnya pula panjang dan kerinting. Rambutnya dan matanya berwarna coklat, seperti ibu saya.
3)Nur Atiqah
Atiqah adalah kawan baik saya di dalam Sekolah Menengah Xinmin. Dia seorang yang baik hati dan pandai. Atiqah mempunyai rambut yang pendek dan lurus. Dia mempunyai cermin mata yang berwarna hitam. Dia juga agak pendek. Atiqah adalah salah satu dari kawan-kawan saya yang saya boleh memberitahu apa-apa sahaja. Atiqah seorang pelajar yang bijak dan rajin. Dia selalu membuat kerja sekolahnya.

Tuesday, 15 January 2013
Hari Pertama Saya Di Sekolah Menengah Xinmin (:
Seawal tujuh pagi, saya sudah berada di dalam sekolah baharu saya, Sekolah Menengah Xinmin. Terdapat banyak murid-murid lain yang sedang menunggu arahan dari pengawas. Saya pula sedang berdiri sendirian. Hanya saya yang telah ke Xinmin dari sekolah rendah saya, Sekolah Rendah Yumin. Sekolah itu terletak di Tampines dan kebanyakan dari kawan saya di sana telah ke Sekolah Menengah Pasir Ris dan sebagainya.
Saya berasa sedih dan kesunyian. Murid-murid lain ada kawan untuk berbual. Pada pukul, kira-kira, 7:10 pagi, seorang pengawas menyuruh semua murid-murid menengah satu untuk memastikan kelas mereka dan kumpulan mereka untuk kem orientasi. Ketitka berjalan ke papan notis, seorang budak Cina menghampiri saya. Nama dia Xi Min. Dia tanya saya kalau saya sedang ke papan notis itu dan saya hanya mengangguk kepala saya menandakan betul. Kami pun mula berbual-bual tentang sekolah rendah kami. Dia di dalam kelas 105 dan di dalam kumpulan 2 manakala saya pula di dalam kelas 103 dan di dalam kumpulan 3. Selepas kami telah memastikan kelas dan kumpulan kami, kami berdua pun ke dewan.
Xi Min adalah kawan pertama saya di dalam Sekolah Menengah Xinmin. Sehingga kini, kami berdua masih berkawan dan selalu berbual-bual sedikit apabila nampak.
Hari pertama saya di dalam Sekolah Menengah Xinmin sangat menarik dan menyeronokkan. Saya harap 4 tahun saya di Xinmin tidak dapat dilupakan!! (:

Subscribe to:
Posts (Atom)