Seawal tujuh pagi, saya sudah berada di dalam sekolah baharu saya, Sekolah Menengah Xinmin. Terdapat banyak murid-murid lain yang sedang menunggu arahan dari pengawas. Saya pula sedang berdiri sendirian. Hanya saya yang telah ke Xinmin dari sekolah rendah saya, Sekolah Rendah Yumin. Sekolah itu terletak di Tampines dan kebanyakan dari kawan saya di sana telah ke Sekolah Menengah Pasir Ris dan sebagainya.
Saya berasa sedih dan kesunyian. Murid-murid lain ada kawan untuk berbual. Pada pukul, kira-kira, 7:10 pagi, seorang pengawas menyuruh semua murid-murid menengah satu untuk memastikan kelas mereka dan kumpulan mereka untuk kem orientasi. Ketitka berjalan ke papan notis, seorang budak Cina menghampiri saya. Nama dia Xi Min. Dia tanya saya kalau saya sedang ke papan notis itu dan saya hanya mengangguk kepala saya menandakan betul. Kami pun mula berbual-bual tentang sekolah rendah kami. Dia di dalam kelas 105 dan di dalam kumpulan 2 manakala saya pula di dalam kelas 103 dan di dalam kumpulan 3. Selepas kami telah memastikan kelas dan kumpulan kami, kami berdua pun ke dewan.
Xi Min adalah kawan pertama saya di dalam Sekolah Menengah Xinmin. Sehingga kini, kami berdua masih berkawan dan selalu berbual-bual sedikit apabila nampak.
Hari pertama saya di dalam Sekolah Menengah Xinmin sangat menarik dan menyeronokkan. Saya harap 4 tahun saya di Xinmin tidak dapat dilupakan!! (:
Walaupun hanya kamu dari Sekolah Rendah Yumin, saya pasti kamu akan membuat ramai rakan. Saya juga berharap 4 tahun kamu di Sekolah Menengah Xinmin tidak dapat dilupakan. :)
ReplyDeleteSaya pun berharap begitu juga!(:
ReplyDeleteHmm.. Saya tahu bagaimana awak berasa.. Saya juga, seorang sahaja yang telah ke Xinmin dari sekolah rendah saya. Saya harap awak dapat berseronok dan gembira di sini! :D
ReplyDeleteSaya rasa kamu dan Xi Min akan menjadi kawan-kawan yang baik. :)
ReplyDeleteSaya rasa kamu akan mempunyaii ramai kawan-kawan di sekolah Xinmin
ReplyDeleteWah, pada hari pertama kamu sudah berkawan? Saya pasti kamu akan ada ramai kawan-kawan.
ReplyDeleteSaya pasti kamu akan membuat ramai kawan di Sekolah Menengah Xinmin.
ReplyDelete