Sunday, 27 January 2013

Watak Dan Perwatakan

Pada Khamis yang lalu, saya telah diajarkan tentang karangan naratif oleh Puan Ida...

Karangan Naratif
Buatkan tiga watak dan kembangkan perwatakannya: 

1) Ibu Saya
Ibu saya bernama Siti Arafah Abdullah. Dia beragama Islam tetapi seorang Filipina. Ibu     saya mempunyai rambut dan mata yang berwarna coklat. Dia seorang suri rumah. Ibu saya seorang penyayang dan juga peramah. Dia senang untuk memberitahu apa-apa sahaja. Ibu saya agak tinggi. Dia terpaksa pakai cermin mata kerana dia sudah tua dan penglihatannya sudah teruk. Ibu saya selalu menyokong saya di dalam apa-apa sahaja yang saya lakukan. 

2) Kakak saya
Kakak saya bernama Noorisa Vega Noor Azman. Dia dilahirkan di Phillippines. Pada bulan April ini, dia akan menjadi 16 tahun. Dia seorang pelajar di Sekolah Menengah Ngee Ann. Kakak saya seorang pelajar yang bijak dan selalu akan memperolehi markah yang tinggi di dalam peperiksaan-peperiksaannya. Apabila saya tidak tahu bagaimana membuat kerja rumah saya, kakak saya yang akan mengajar saya. Walaupun dia sudah menengah empat, saya masih setingginya. Dia mempunyai muka yang ceria. Kakak saya tidak perlu memakai cermin mata. Rambutnya pula panjang dan kerinting. Rambutnya dan matanya berwarna coklat, seperti ibu saya.

3)Nur Atiqah 
Atiqah adalah kawan baik saya di dalam Sekolah Menengah Xinmin. Dia seorang yang baik hati dan pandai. Atiqah mempunyai rambut yang pendek dan lurus. Dia mempunyai cermin mata yang berwarna hitam. Dia juga agak pendek. Atiqah adalah salah satu dari kawan-kawan saya yang saya boleh memberitahu apa-apa sahaja. Atiqah seorang pelajar yang bijak dan rajin. Dia selalu membuat kerja sekolahnya. 

1 comment:

  1. Bagus Hidayah, saya telah memahami perlukisan watak awak dengan mudah kerana tulisan awak jelas... teruskan menulis ya...:-)

    ReplyDelete