Thursday 31 January 2013

Kegiatan Kokurikular Saya Di Sekolah Menengah

Di dalam sekolah rendah, saya seorang perpustakawan manakala di dalam sekolah menengah, saya dipilih untuk menyertai 'shooting'. Sebenarnya, saya memilih perpustakaan sebagai kokurikular saya kerana ia tidak memerlukan terlalu banyak tenaga. Lagipun, kawan-kawan baik saya juga mempunyai perpustakaan sebagai kokurikular mereka. 'Shooting' adalah pilihan kedua saya. Saya sebenarnya mahu badminton sebagai kokurikular saya. Walaubagaimanapun, saya tetap suka 'shooting'. Saya berasa risau dan gembira. Gembira kerana saya telah mendapat 'shooting' tetapi risau kerana hari ini hari pertama kokurikular saya. Saya dikehendaki ke 'shooting range' pada pukul dua setengah. 'Shooting range' itu diletak di tingkat tiga. Ms Seetoh adalah guru saya untuk 'shooting'. Saya berharap kokurikular saya akan menyeronokkan. 

No comments:

Post a Comment