Wednesday 13 February 2013

8 Februari 2013, Jumaat :D

Pada hari Jumaat yang lalu, sekolah saya telah menyambut Tahun Baru Cina. Seperti biasa, semua pelajar-pelajar Sekolah Menengah Xinmin beratur di dalam kelas masing-masing mereka pada pukul 7:20am di dalam dewan sekolah. Pada kira-kira 8:40am, semua pelajar-pelajar Xinmin telah keluar dari sekolah dan mula berjalan ke arah blok yang diberi kepada kelas mereka. Kelas saya ditugaskan blok 662. Di dalam blok yang diberi kepada setiap kelas, pelajar-pelajar dikehendaki untuk ke setiap rumah untuk mengumpul barang-barang lama yang boleh dikitar semula, seperti surat khabar, buku dan baju terpakai dan banyak lagi. Activiti 'CIP' ini dipanggil, 'Spring It Up'.

Kelas saya pun kembali ke sekolah pada kira-kira 10am. Apabila seluruh sekolah telah tiba di Xinmin, konsert Tahun Baru Cina pun bermula. Terdapat persembahan Guzheng dan juga Tarian Cina. Apabila konsert itu berakhir, semua pelajar-pelajar Xinmin boleh pulang. 

Banyak pelajar-pelajar menengah 1 telah ke sekolah rendah mereka untuk melawat. Saya juga telah ke sekolah rendah saya, Sekolah Rendah Yumin. Walaupun sekolah rendah saya terletak di Tampines, saya masih ke sana. Di Yumin, saya bertemu dengan kawan-kawan baik saya. Kami berpeluk dan berbual-bual. Lagipun, saya telah menemui cikgu-cikgu darjah enam saya, Cikgu Ainon ( Cikgu Melayu saya ), Mr Chai ( Guru kelas saya ), Ms Chen ( Cikgu Sains saya ) dan juga Mrs Lim ( Cikgu Bahasa Inggeris saya ).  :DD 

Sebenarnya, saya rindukan semua kawan-kawan baik saya di sekolah rendah. Kebanyakkan daripada mereka telah ke sekolah menengah yang terletak di dalam Tampines atau Pasir Ris. Hanya saya yang telah ke Sekolah Menengah Xinmin. Kalau diberi peluang, saya mahu bertukar sekolah. Saya mahu ke sekolah yang kawan-kawan baik saya telah memasuki walaupun saya telah memperolehi markah yang tinggi untuk PSLE... :'(  

Saya dan kawan baik saya, Yasmin <3 

No comments:

Post a Comment