Pada hari 9/2, saya ada madrasah pada pukul 11:15am. Madrasah saya diadakan di Masjid Al-Istighfar. Masjid itu terletak di Pasir Ris. Sebenarnya, kakak saya memilih masjid ini kerana kawan baiknya pun ada madrasah di sana. Kawan baik kakak saya, Nadira, sama kelas dengan kakak saya. Mereke berdua pelajar menengah empat dari Sekolah Menengah Ngee Ann.
Selepas madrasah, saya dan kakak saya telah ke rumah Nadira yang terletak tidak jauh dari masjid itu. Di sana, kami menukar pakaian untuk sesuatu yang lebih selesa. Selepas itu, kami telah ke Loyang Point untuk makan tengah hari. Pada kira-kira 4pm, kami bertiga pun kembali ke rumah Nadira.
Secepat mungkin, Nadira pasangkan Kinect yang terdapat di dalam rumahnya. Nadira mumpunyai beberapa permainan untuk Kinect seperti 'Adventure Game' dan 'Dance Central'. Kami bermain sehingga kami berpeluh! XD 'Adventure Game' yang kami bermain memerlukan kami untuk melompat banyak !! Untuk 'Dance Central' pula, kami selalu ketawa melihat satu sama lain berjoget!! hahaha XD
Saya dan kakak saya bermain 'Adventure Game'.. hahaha! kelakar XD
No comments:
Post a Comment