Wednesday 13 February 2013

11 Februari 2013, Isnin D:

Saya dan kakak saya telah ke Sengkang Riverside Park. Kakak saya mahu berlari-lari anak di sana dan dia memaksa saya ikutnya. Kakak saya telah berlari-lari anak manakala saya pula memakai rollerblade saya. Tiba-tiba, hujan mula turun dengan lebat. Kami terlupa membawa payung dan terpaksa untuk berjalan di dalam hujan. Apabila kami tiba di Kompleks Renang Sengkang, hujan telah berhenti. Saya dan kakak saya basah kuyup. Saya terpaksa mencari tempat duduk kerana saya mula berasa pening. 

Apabila kami tiba di rumah, saya berasa amat penat dan panas. Saya memberitahu ibu saya bahawa saya mungkin ada demam... :( Saya terus pergi mandi. Selepas saya mandi, ibu saya memberi saya ubat untuk demam saya. Dalam masa kurang daripada 30 minit, saya sudah tidur. 

Ibu saya telah membangunkan saya pada pukul 11 malam untuk berikan saya ubat lagi. Selepas makan ubat, saya terus tidur. Saya tidur hingga keesokan harinya. Saya tidak suka demam!! D: 

No comments:

Post a Comment