Pelajar patut melibatkan diri secara aktif dalam usaha pemuliharaan atau kegiatan-kegiatan untuk memelihara persekitaran. Berikan komen.
Ia, saya setuju bahawa para pelajar harus melibatkan diri secara aktif di dalam perkara-perkara tersebut. Sebagai seorang warga negara serta aset kepada masyarakat, saya rasa bahawa kebersihan alam persekitaran di dalam negara kita sendiri merupakan tanggungjawab kita. Para pelajar zaman sekarang mengambil peranan yang agak besar di dalam kenyataan ini kerana mereka merupakan masa depan negara kita. Seseorang pelajar boleh melibatkan dirinya di dalam kerja-kerja kemasyarakatan seperti membersihkan taman, sekolah mereka sendiri, pantai dan banyak lagi. Melalui kegiatan-kegiatan sebegini, seseorang pelajar dapat mempelajari lebih tentang hal-hal di luar kelas serta memanfaatkan masyarakat dan alam persekitaran. Mereka boleh mempelajari tentang hal-hal yang boleh timbul akibat alam persekitaran yang kotor. Sebagai contoh, ramai orang suka membuang sampah-sarap mereka secara suka hati sahaja. Kalau sampah-sarap ini tidak dipunggut, pelbagai penyakit boleh timbul yang boleh menjejaskan kesihatan manusia, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Kalaulah alam persekitaran kita sentiasa bersih dah nyaman, warga negara termasuk kita sendiri akan berasa lebih gembira dan bahagia. Ini menunjukkan betapa berpengaruhnya alam persekitaran kita kepada perasaan kita. Selain itu, saya rasa bahawa seseorang pelajar akan meluangkan masanya dengan lebih baik melalui kegiatan-kegiatan sebegini. Jikalau seseorang pelajar melibatkan dirinya secara aktif di dalam kegiatan-kegiatan tersebut, dia boleh menjadi seorang aset yang baik kepada masyarakat serta mengetahui lebih tentang alam persekitaran dan kepentingannya. Pada pendapat saya, pihak berkuasa seperti kerajaan negeri kita harus menggalakkan lebih ramai orang untuk membuat kerja-kerja kemasyarakatan, terutama, para pelajar zaman sekarang. Mereka boleh melakukan demikian melalui ceramah ataupun persembahan.
Blog Bahasa Melayu Noorhidayah :D
Tuesday, 30 June 2015
Hari Pertama - Perbualan Berdasarkan Gambar
Gambar ini menunjukkan situasi di luar sebuah bangunan. Bangunan ini kelihatan terletak tidak jauh dari sebuah jalan raya. Terdapat banyak orang di dalam gambar tersebut. Hari itu mungkin merupakan hujung minggu kerana terdapat juga kanak-kanak di dalam gambar ini. Mereka kelihatan sedang mengutip sampah di kawasan depan bangunan itu. Mereka yang terlibat kelihatan sedang memakai kemeja-T yang sama. Mereka mungkin dari sebuah organisasi yang terdiri daripada para sukarelawan yang mahu menyumbang kepada masyarakat. Ada beberapa orang yang sedang memegang beg plastik. Selepas mengutip sampah-sarap di kawasan itu, mereka kelihatan akan meletakkan apa-apa sahaja yang dikutip ke dalam beg-beg plastik tersebut.
Pada pendapat saya, perbuatan mereka ini akan membawa banyak manfaat kepada diri mereka sendiri serta kepada masyarakat juga. Mereka boleh mempelajari betapa pentingnya peranan kita, sebagai warga negara, untuk menjaga alam persekitaran kita. Saya rasa bahawa alam persekitaran mengambil peranan yang agak besar dalam kehidupan seharian kita. Persekitaran yang bersih amat berpengaruh kepada keadaan sebuah negeri serta sikap dan perasaan seseorang warga negara. Justeru itu, saya rasa bahawa orang-orang di dalam gambar tersebut sedang meluangkan masa mereka dengan sebaik-baiknya. Daripada membuat perkara sia-sia yang hanya membuang masa sahaja, mereka sedang membuat sesuatu yang boleh memanfaatkan masyarakat kita juga. Mereka sanggup mengorbankan masa mereka untuk membersihkan sebahagian daripada negera kita.
Secara keseluruhan, saya rasa bahawa perbuatan mereka ini patut dipuji dan harus diikuti kerana mereka sedang membuat sesuatu yang membawa banyak kebaikan kepada diri sendiri, masyarakat serta alam sekitar. Jika saya berada di dalam situasi itu, saya akan mengambil bahagian di dalam aktiviti itu dengan rela. Melalui akitiviti ini, saya boleh menjadi aset yang baik kepada masyarakat serta memenuhi peranan saya sebagai seorang warga negara. Selain itu, saya rasa bahawa kita mest menjaga alam persekitaran kita dengan baik kerana alam persekitaran yang bersih akan membawa perasaan yang gambira dan bahagia.

Sukan Asia Tenggara - Floorball (Lelaki)
Perlawanan bagi pasukan lelaki merupakan sebuah permainan yang lebih mudah untuk Pasukan Floorball Singapura. Mereka telah membelasah Thailand untuk meraih pingat emas yang kedua bagi mereka untuk Floorball.
Pasukan Floorball Singapura (lelaki) telah bekerja keras untuk meraih pingat emas untuk Singapura. Walaupun mereka menemui beberapa masalah dan kecabaran di dalam suku pertama, mereka tidak berputus asa. Sikap ini telah berjaya mendapatkan pingat emas yang kedua bagi pasukan lelaki ini!
Walaupun Thailand telah terkandung Singapura dengan satu gol sahaja pada suku pertama, Singapura telah berlumba-lumba untuk mendapatkan skor 4-0 sebelum separuh masa. Thailand tergamam dengan pasukan Singapura dan akhirnya kalah dengan skor 9-0 (Singapura - Thailand).
Pasukan Floorball Singapura (lelaki) telah bekerja keras untuk meraih pingat emas untuk Singapura. Walaupun mereka menemui beberapa masalah dan kecabaran di dalam suku pertama, mereka tidak berputus asa. Sikap ini telah berjaya mendapatkan pingat emas yang kedua bagi pasukan lelaki ini!
Sukan Asia Tenggara - Floorball (Wanita)
Pasukan Floorball Singapura (wanita) telah membawa pulang pingat emas dalam perlawanan akhir Floorball wanita - selepas menewaskan Thailand pada penalti ‘shoot-out’ pada 14 Jun, Ahad, yang lalu.
14 minit dan 31 saat ke dalam permainan, Cheryl Yeo telah berjaya menjaringkan gol untuk Singapura lalu menjadikan seri bagi permainan untuk tempoh pertama. Tempoh kedua pula dimainkan secara ‘tarik-menarik’ tetapi menamat dengan skor 3-2 (Singapura - Thailand).
Pasukan Thailand bermain dengan kukuh di dalam tempoh yang ketiga dan terakhir, sebelum berjaya menjaringkan bola untuk menjadikan kedudukan skor kepada 3-3. Amat sukar bagi Singapura untuk meletakkan diri mereka di hadapan sekali lagi. Banyak kali mereka telah cuba menggelecek bola dekat dengan jaring tetapi mereka hanya dibalas dengan pertahanan oleh pasukan Thailand.
Di dalam penalti ‘shoot-out’, Jill Quek dan Natalia Wee daripada pasukan Singapura telah berjaya menjaringkan gol! Dengan itu, sesi penalti itu berakhir dengan skor 2-1 (Singapura - Thailand).
Ahli pasukan Singapura ini, Laura Tan, berkata bahawa perlawanan-perlawanan yang pasukannya telah melalui adalah "perkara yang paling sukar" kerana mereka hanya mempunyai sedikit masa sebelum setiap perlawanan. Disebabkan itu, mereka perlu makan dengan baik, tidur lena dan pulih dengan baik dan secepat mungkin.
Ketua pasukan Thailand, Wynne Tan, berkata walaupun Thailand merupakan pasukan yang "sangat kuat", ahli-ahli pasukannya menggalak antara satu sama lain sebelum setiap penalti. Beliau berkata, "Sebagai satu pasukan, kita mempunyai kepercayaan di dalam setiap ahli pasukan dan apa yang kita boleh lakukan di mahkamah”.
LAC 2015
Kem LAC bermula pada 8 Jun yang lalu dan tamat pada 11 Jun pula. Seperti biasa, kem ini diadakan di Taman Pengembaraan Labrador dan berlangsung selama 4 hari 3 malam. Kamper-kamper yang telah menghadiri kem tersebut dipilih oleh guru kokurikulum mereka. Kamper-kamper ini dipilih kerana guru kokurikulum mereka berpendapat bahawa mereka mempunyai potensi untuk menjadi seorang ketua bagi kokurikulum mereka pada masa depan. Ada kira-kira 120 kamper yang telah menghadiri kem ini pada tahun ini. Kebanyakan daripada 120 kamper ini merupakan pelajar-pelajar menengah dua. Yang lain ialah pelajar-pelajar ulama menengah tiga serta pelajar-pelajar bola tampar di dalam menengah tiga.
Peranan saya di dalam kem ini adalah sebagai seorang fasilitator bagi Kumpulan 10. Kumpulan saya terdiri daripada 12 kamper. Nama kumpulan saya adalah ‘Marshmallow Angels’. Ini kerana warna yang diberi kepada kumpulan saya adalah putih. Saya masih ingat betapa lama saya mengambil untuk membuat identiti kumpulan untuk setiap kamper saya. Kem ini memberikan peluang untuk kamper-kamper membuat kawan-kawan baru, mencuba elemen-elemen tinggi seperti meluncur, zipline dan banyak lagi serta bermain macam-macam permainan yang dirancang oleh jawatankuasa kem tersebut. Hampir semua aktiviti yang diadakan memberi peluang untuk kamper-kamper bercuba untuk menjadi seorang ketua bagi kumpulannya.
Melalui kem ini, saya telah meraih banyak pengajaran serta tips-tips yang boleh membantu saya menjadi seorang ketua yang lebih baik dan bagus bagi kokurikulum saya. Walaupun peranan saya adalah sebagai seorang fasilitator, kem ini tetap menyeronokkan bagi saya walaupun saya tidak dapat mengambil bahagian di dalam permainan-permainan yang diadakan. Masa yang diluangkan dengan fasilitator-fasilitator serta jawatankuasa kem ini sebelum, semasa dan selepas kem LAC akan saya selalu mengingati. Saya berharap bahawa kamper-kamper yang telah menghadiri kem ini telah membawa balik satu atau dua pengajaran baharu yang boleh diguna di dalam perjalanan mereka untuk menjadi seorang pemimpin bagi sekolah kita pada masa depan. :)
Gempa Bumi Sabah 2015
Kota Kinabalu |
"Telinga Keldai"
Pada 5 Jun yang lalu, sebuah gempa bumi telah melanda Ranau, Sabah, Malaysia dengan magnitud 6.0. Gempa bumi ini berlangsung selama 30 saat dan merupakan gempa bumi yang paling kuat yang telah melanda Malaysia sejak tahun 1976. Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata gempa bumi itu berlaku pada kira-kira 07:15 waktu tempatan (23:15 GMT) pada hari Jumaat itu, pada kedalaman 10 km (32,800ft). Gegaran itu begitu kuat sehingga salah satu daripada "Telinga Keldai" di Gunung Kinabalu telah terputus. Selain itu, jalan raya, bangunan, sekolah dan hospital di pantai barat Sabah dirosak akibat gegaran itu.
Lapan belas orang dibunuh akibat gempa bumi ini dengan kebanyakannya merupakan pelajar Singapura dari Sekolah Rendah Tanjong Katong. Tujuh orang murid dan dua orang guru dari Sekolah Rendah Tanjong Katong serta seorang panduan pengembaraan yang menyertai mereka dalam perjalanan ke Gunung Kinabalu itu telah mati akibat gegaran ini. Mereka adalah antara 30 pelajar dan kakitangan yang telah mendaki gunung itu sebagai sebahagian daripada lawatan sambil belajar. Kira-kira 137 orang lain yang mendaki gunung itu terkandas tetapi telah diselamatkan.
Saya tidak boleh bayangkan betapa menyakitkan hati apabila ibu bapa murid-murid Sekolah Rendah Tanjong Katong, yang telah mati akibat gempa bumi ini, menerima berita tentang anak-anak mereka. Hati saya pilu apabila saya menonton berita pada hari itu dan mendapat tahu tentang kejadian ini. Saya berharap bahawa keluarga-keluarga yang terlibat kini baik-baik sahaja.
Singapura dan negeri Sabah Malaysia telah memelihara hari berkabung untuk mangsa yang terbunuh dalam gempa bumi Gunung Kinabalu itu. Di Singapura, bendera diterbangkan pada separuh tiang dan seminit diperhatikan di tempat-tempat di mana Sukan Asia Tenggara diadakan.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Joseph Pairin Kitingan, mengaitkan gempa bumi itu dengan sekumpulan 10 orang asing yang telah dilucutkan telanjang di Gunung Kinabalu itu. Beliau berkata tragedi itu adalah "pengesahan" bahawa mereka telah menunjukkan "ketidakhormatan" kepada gunung tersebut. Gunung ini merupakan sebuah gunung suci dan seseorang tidak sepatutnya mengambil fakta ini secara ringan sahaja.
"Telinga Keldai" |
Lapan belas orang dibunuh akibat gempa bumi ini dengan kebanyakannya merupakan pelajar Singapura dari Sekolah Rendah Tanjong Katong. Tujuh orang murid dan dua orang guru dari Sekolah Rendah Tanjong Katong serta seorang panduan pengembaraan yang menyertai mereka dalam perjalanan ke Gunung Kinabalu itu telah mati akibat gegaran ini. Mereka adalah antara 30 pelajar dan kakitangan yang telah mendaki gunung itu sebagai sebahagian daripada lawatan sambil belajar. Kira-kira 137 orang lain yang mendaki gunung itu terkandas tetapi telah diselamatkan.
Tuesday, 8 October 2013
Peperiksaan Bahasa Melayu
Peperiksaan akhir tahu akan bermula pada hari Jumaat ini. Kertas pertama yang saya akan duduki adalah kertas Bahasa Melaya. Saya telah sinarai peribahasa saya dan juga telah membaca karangan-karangan yang telah dikarang dengan baik. Selain itu, saya telah menghafal format menulis emel yang rasmi. Saya belum lagi habis ulang kaji saya kerana saya belum lagi menghafalkan semua peribahasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)