Pelajar patut melibatkan diri secara aktif dalam usaha pemuliharaan atau kegiatan-kegiatan untuk memelihara persekitaran. Berikan komen.
Ia, saya setuju bahawa para pelajar harus melibatkan diri secara aktif di dalam perkara-perkara tersebut. Sebagai seorang warga negara serta aset kepada masyarakat, saya rasa bahawa kebersihan alam persekitaran di dalam negara kita sendiri merupakan tanggungjawab kita. Para pelajar zaman sekarang mengambil peranan yang agak besar di dalam kenyataan ini kerana mereka merupakan masa depan negara kita. Seseorang pelajar boleh melibatkan dirinya di dalam kerja-kerja kemasyarakatan seperti membersihkan taman, sekolah mereka sendiri, pantai dan banyak lagi. Melalui kegiatan-kegiatan sebegini, seseorang pelajar dapat mempelajari lebih tentang hal-hal di luar kelas serta memanfaatkan masyarakat dan alam persekitaran. Mereka boleh mempelajari tentang hal-hal yang boleh timbul akibat alam persekitaran yang kotor. Sebagai contoh, ramai orang suka membuang sampah-sarap mereka secara suka hati sahaja. Kalau sampah-sarap ini tidak dipunggut, pelbagai penyakit boleh timbul yang boleh menjejaskan kesihatan manusia, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Kalaulah alam persekitaran kita sentiasa bersih dah nyaman, warga negara termasuk kita sendiri akan berasa lebih gembira dan bahagia. Ini menunjukkan betapa berpengaruhnya alam persekitaran kita kepada perasaan kita. Selain itu, saya rasa bahawa seseorang pelajar akan meluangkan masanya dengan lebih baik melalui kegiatan-kegiatan sebegini. Jikalau seseorang pelajar melibatkan dirinya secara aktif di dalam kegiatan-kegiatan tersebut, dia boleh menjadi seorang aset yang baik kepada masyarakat serta mengetahui lebih tentang alam persekitaran dan kepentingannya. Pada pendapat saya, pihak berkuasa seperti kerajaan negeri kita harus menggalakkan lebih ramai orang untuk membuat kerja-kerja kemasyarakatan, terutama, para pelajar zaman sekarang. Mereka boleh melakukan demikian melalui ceramah ataupun persembahan.
No comments:
Post a Comment