Tuesday 30 June 2015

Sukan Asia Tenggara - Floorball (Wanita)



Image result for sea games floorball menPasukan Floorball Singapura (wanita) telah membawa pulang pingat emas dalam perlawanan akhir Floorball wanita - selepas menewaskan Thailand pada penalti ‘shoot-out’ pada 14 Jun, Ahad, yang lalu.


14 minit dan 31 saat ke dalam permainan, Cheryl Yeo telah berjaya menjaringkan gol untuk Singapura lalu menjadikan seri bagi permainan untuk tempoh pertama. Tempoh kedua pula dimainkan secara ‘tarik-menarik’ tetapi menamat dengan skor 3-2 (Singapura - Thailand).


Pasukan Thailand bermain dengan kukuh di dalam tempoh yang ketiga dan terakhir, sebelum berjaya menjaringkan bola untuk menjadikan kedudukan skor kepada 3-3. Amat sukar bagi Singapura untuk meletakkan diri mereka di hadapan sekali lagi. Banyak kali mereka telah cuba menggelecek bola dekat dengan jaring tetapi mereka hanya dibalas dengan pertahanan oleh pasukan Thailand.


Di dalam penalti ‘shoot-out’, Jill Quek dan Natalia Wee daripada pasukan Singapura telah berjaya menjaringkan gol! Dengan itu, sesi penalti itu berakhir dengan skor 2-1 (Singapura - Thailand).


Image result for sea games floorball men
Ahli pasukan Singapura ini, Laura Tan, berkata bahawa perlawanan-perlawanan yang pasukannya telah melalui adalah "perkara yang paling sukar" kerana mereka hanya mempunyai sedikit masa sebelum setiap perlawanan. Disebabkan itu, mereka perlu makan dengan baik, tidur lena dan pulih dengan baik dan secepat mungkin.

Ketua pasukan Thailand, Wynne Tan, berkata walaupun Thailand merupakan pasukan yang "sangat kuat", ahli-ahli pasukannya menggalak antara satu sama lain sebelum setiap penalti. Beliau berkata, "Sebagai satu pasukan, kita mempunyai kepercayaan di dalam setiap ahli pasukan dan apa yang kita boleh lakukan di mahkamah”.

No comments:

Post a Comment