Tuesday, 30 June 2015

Hari Pertama - Perbualan Berdasarkan Gambar

Gambar ini menunjukkan situasi di luar sebuah bangunan. Bangunan ini kelihatan terletak tidak jauh dari sebuah jalan raya. Terdapat banyak orang di dalam gambar tersebut. Hari itu mungkin merupakan hujung minggu kerana terdapat juga kanak-kanak di dalam gambar ini. Mereka kelihatan sedang mengutip sampah di kawasan depan bangunan itu. Mereka yang terlibat kelihatan sedang memakai kemeja-T yang sama. Mereka mungkin dari sebuah organisasi yang terdiri daripada para sukarelawan yang mahu menyumbang kepada masyarakat. Ada beberapa orang yang sedang memegang beg plastik. Selepas mengutip sampah-sarap di kawasan itu, mereka kelihatan akan meletakkan apa-apa sahaja yang dikutip ke dalam beg-beg plastik tersebut. 

Pada pendapat saya, perbuatan mereka ini akan membawa banyak manfaat kepada diri mereka sendiri serta kepada masyarakat juga. Mereka boleh mempelajari betapa pentingnya peranan kita, sebagai warga negara, untuk menjaga alam persekitaran kita. Saya rasa bahawa alam persekitaran mengambil peranan yang agak besar dalam kehidupan seharian kita. Persekitaran yang bersih amat berpengaruh kepada keadaan sebuah negeri serta sikap dan perasaan seseorang warga negara. Justeru itu, saya rasa bahawa orang-orang di dalam gambar tersebut sedang meluangkan masa mereka dengan sebaik-baiknya. Daripada membuat perkara sia-sia yang hanya membuang masa sahaja, mereka sedang membuat sesuatu yang boleh memanfaatkan masyarakat kita juga. Mereka sanggup mengorbankan masa mereka untuk membersihkan sebahagian daripada negera kita.  

Secara keseluruhan, saya rasa bahawa perbuatan mereka ini patut dipuji dan harus diikuti kerana mereka sedang membuat sesuatu yang membawa banyak kebaikan kepada diri sendiri, masyarakat serta alam sekitar. Jika saya berada di dalam situasi itu, saya akan mengambil bahagian di dalam aktiviti itu dengan rela. Melalui akitiviti ini, saya boleh menjadi aset yang baik kepada masyarakat serta memenuhi peranan saya sebagai seorang warga negara. Selain itu, saya rasa bahawa kita mest menjaga alam persekitaran kita dengan baik kerana alam persekitaran yang bersih akan membawa perasaan yang gambira dan bahagia. 

No comments:

Post a Comment