Tuesday 30 June 2015

LAC 2015


IMG_4470.JPG


Kem LAC bermula pada 8 Jun yang lalu dan tamat pada 11 Jun pula. Seperti biasa, kem ini diadakan di Taman Pengembaraan Labrador dan berlangsung selama 4 hari 3 malam. Kamper-kamper yang telah menghadiri kem tersebut dipilih oleh guru kokurikulum mereka. Kamper-kamper ini dipilih kerana guru kokurikulum mereka berpendapat bahawa mereka mempunyai potensi untuk menjadi seorang ketua bagi kokurikulum mereka pada masa depan. Ada kira-kira 120 kamper yang telah menghadiri kem ini pada tahun ini. Kebanyakan daripada 120 kamper ini merupakan pelajar-pelajar menengah dua. Yang lain ialah pelajar-pelajar ulama menengah tiga serta pelajar-pelajar bola tampar di dalam menengah tiga. 



IMG_4433.JPGPeranan saya di dalam kem ini adalah sebagai seorang fasilitator bagi Kumpulan 10. Kumpulan saya terdiri daripada 12 kamper. Nama kumpulan saya adalah ‘Marshmallow Angels’. Ini kerana warna yang diberi kepada kumpulan saya adalah putih. Saya masih ingat betapa lama saya mengambil untuk membuat identiti kumpulan untuk setiap kamper saya. Kem ini memberikan peluang untuk kamper-kamper membuat kawan-kawan baru, mencuba elemen-elemen tinggi seperti meluncur, zipline dan banyak lagi serta bermain macam-macam permainan yang dirancang oleh jawatankuasa kem tersebut. Hampir semua aktiviti yang diadakan memberi peluang untuk kamper-kamper bercuba untuk menjadi seorang ketua bagi kumpulannya. 


IMG_4447.JPG
Melalui kem ini, saya telah meraih banyak pengajaran serta tips-tips yang boleh membantu saya menjadi seorang ketua yang lebih baik dan bagus bagi kokurikulum saya. Walaupun peranan saya adalah sebagai seorang fasilitator, kem ini tetap menyeronokkan bagi saya walaupun saya tidak dapat mengambil bahagian di dalam permainan-permainan yang diadakan. Masa yang diluangkan dengan fasilitator-fasilitator serta jawatankuasa kem ini sebelum, semasa dan selepas kem LAC akan saya selalu mengingati. Saya berharap bahawa kamper-kamper yang telah menghadiri kem ini telah membawa balik satu atau dua pengajaran baharu yang boleh diguna di dalam perjalanan mereka untuk menjadi seorang pemimpin bagi sekolah kita pada masa depan. :)

No comments:

Post a Comment